Rabu, 10 Disember 2014

Apakah kenderaan korang untuk pergi ke sekolah?? Basikal ke,motosikal ke,kereta bapa ke,kereta ibu ke,bas ke,bot penambang ke ataupun troli supermarket?? Kalau korang nei anak kepada pemain bola Encik Cristiano Ronaldo,mungkin korang naik jet peribadi sambil minum jus oren.. Tapi, tak kisah la korang naik apa pun walau kuda sekali pun,janji selamat sampai ke sekolah dan bukannya sampai ke hospital atau cyber cafe.

Dulu, masa pergi sekolah,aku pernah merasa naik kereta,naik bas dan naik kasut sekolah (jalan kaki la tu). Tapi yang paling seronok,masa aku dapat naik van sekolah. Kenapa? Hah! kalu korang nak tahu van sekolah ni lain daripada yang lain, hinggakan tiap-tiap hari aku tak sabar nak naik. Bukan aku je,budak-budak lain yang tak pernah merasa naik van sekolah ni pasti tahu akan keistimewaannya.

Kami panggil van ni Van Mat Yei.. Kami panggil dia Abang Mat. Dari pandangan mata kasar,mahupun paandangan kanta pembesar sekali pun, Abang Mat ni seorang yang bergaya serta baik hati..

Jadi,macam mana Abang Mat dan van sekolahnya yang cantik,bergaya dan berkilat-kilat ini menjadi perhatian wanita di kawasan kampung aku??

Pandanglah berapa kali pun,van sekolah Abang Mat tak sama dengan orang lain. Van ni dah dipakaikan sport rim, badannya ada corak berapi-api, di dalamnya ada bunyi audio yang mengagumkan,ada jugak screen TV boleh tengok cerita kartun dan yang paling best sekali,ada peti ais.

Ha,peti ais?? Ya,peti ais. Aku tak tipu. Kadang-kadang kami simpan botol air kami dalam peti ais tu. Sampai-sampai sekolah je dah boleh minum air sejuk.

Dalam van ni ada macam-macam jenis kawan. Kadang-kadang,tempat ni dah macam taman permainan. Ada yang bawa kereta remote, robot,pistol air dan yang perempuan pulak apa lagi kalau bukan anak patung gegirlnya..

Sebagai meraikan rakan sesama van sekolah,kita kongsi la mainan bersama. Lagi bermakna bila sambil main tu tiba-tiba Abang Mat belanja aiskrim potong. Dah rasa macam nak pergi bercuti,bukannya pergi sekolah.

Yang lagi seronok,Abang Mat ni suka layan kerenah kami. Bila suruh laju,dia laju,bila suruh corner, baring pun dia corner. Bila kami suruh langgar bonggol jalan pun dia langgar. Dan bila kami nampak pak cik jual aiskrim potong, Abang Mat akan potong balik sambil belikan aiskrim untuk kami.. Baguskan Abang Mat ni?
Jadi,bila Abang Mat dah baik dengan kami,kami pun kena la ikut cakap dia. Kena duduk elok-elok,jangan bergaduh,jangan buang sampah dan mesti on time.

Satu laagi, Abang Mat ialah seorang peminat lagu Korea yang sejati. Tidak hairanlah hanya lagu jiwang sahaja yang dipasangnya dalam van setiap hari.

Tapi bila hari-hari dengar lagu Korea,aku pun boleh terpengaruh. Dari situlah aku mengenal lagu-lagu korea,hinggakan di rumah bila aku nyanyi lagu korea,kakak aku pulak yang kena marah kononnya dia yang ajar aku. Sori la kak.. Hu...Hu...

Sebenarnya,bila kita naik van atau bas sekolah,kita boleh dapat ramai kawan walaupun dari sekolah berasingan. Tak semestinya kawan kita dari sekolah atau kelas yang sama. Dalam van boleh kongsi macam-macam  cerita dan main macam-macam benda.

Van sekolah Abang Mat pula memang terbaik dan Abang Mat memang seorang yang sporting orangnya. Walaupun aku pernah kena tinggal dua tiga kali pasal Abag Mat terlupa nak ambik aku di sekolah, tapi apa ada hal,aku kenala pandai berdikari.